Final sesama Malaysia di Masters Korea

Final sesama Malaysia di Masters KoreaWEI Chong-Wooi Yik akan berdepan Kai Wun-Roy King di final. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Hasrat Malaysia untuk membawa pulang kejuaraan Masters Korea menjadi kenyataan apabila Man Wei Chong-Soh Wooi Yik dan Tee Kai Wun-Yap Roy King melengkapkan pertembungan sesama negara di pentas final di Asan, Korea Selatan, esok.

Wei Chong-Wooi Yik terlebih dahulu memastikan tiket ke final selepas dipaksa bekerja keras oleh pasangan Jepun ranking ke-63 dunia, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa sebelum menang 18-21, 22-20, 21-18 dalam aksi separuh akhir, hari ini.

Kemenangan itu cukup bermakna buat pasangan berkenaan apabila mereka turut membalas kekalahan kepada gandingan sama pada pusingan pertama Terbuka Taiwan minggu lalu.

Lebih menarik, kejayaan kedua-dua pasangan negara mara ke final turut menjamin kejuaraan Jelajah Dunia pertama tahun ini buat beregu lelaki di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebelum ini, hanya gandingan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya menghadiahkan kejuaraan Jelajah Dunia buat Malaysia musim ini menerusi kejayaan menjuarai Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia.

Bagi Kai Wun-Roy King pula, mereka melangkah ke final tanpa perlu mengerah keringat apabila pasangan Jepun, Shuji Sawada-Daigo Tanioka memberikan kemenangan percuma menerusi walkover pada separuh akhir.

Gandingan nombor 282 dunia itu kini menikmati kempen terbaik sejak digandingkan sebagai antara pasangan eksperimen oleh ketua jurulatih beregu negara, Herry Iman Pierngadi.

Perjalanan mereka ke final juga cukup mengejutkan selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada dua kejohanan sebelum ini, masing-masing di Terbuka China dan Terbuka Taiwan.

Kini, Kai Wun-Roy King hanya dipisahkan satu kemenangan untuk mencipta kejayaan terbesar mereka, namun tugas getir menanti apabila perlu berdepan rakan senegara dalam perlawanan akhir.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker