“Sampai Menangis Peluk Kak Ani, Subhanallah…” – Noraniza Idris

“Sampai Menangis Peluk Kak Ani, Subhanallah…” – Noraniza Idris

Siapa sangka, kehadiran Noraniza Idris atau lebih mesra dipanggil Kak Ani dalam tempoh dua hari selepas sidang media Bumantara mengundang pelbagai reaksi emosi daripada peminat.

Menerusi perkongsian di media sosial, Noraniza mendedahkan ada peminat yang datang menyapanya dalam keadaan sebak, malah ada yang teresak-esak sebelum memeluk dirinya.

 

“Sampai Menangis Peluk Kak Ani, Subhanallah…” – Noraniza Idris

“Subhanallah.. kesan sidang media Bumantara, inn shaa Allah.. Kak Ani akan jaga amanah utk buat sehabis baik,” tulisnya.

Peminat Mula Terbayang Duet Noraniza Idris Dengan Tokti

Dalam ruangan komen, ada peminat yang mengambil kesempatan untuk menyuarakan satu harapan yang cukup menari,  mahu melihat kembali gandingan Noraniza Idris bersama Siti Nurhaliza.

“1 Malaysia rindukan duet Kak Ani & Tokti. Duet yang mengingatkan kita pada Sukan Komanwel & martabat irama Malaysia,” komen seorang peminat.

“Sampai Menangis Peluk Kak Ani, Subhanallah…” – Noraniza Idris

 

“Sampai Menangis Peluk Kak Ani, Subhanallah…” – Noraniza Idris

 

Malah, ada yang berharap lebih banyak konsert berkonsepkan irama tradisional dapat dianjurkan selepas ini.

Bagi MURAI, komen sebegini jelas menunjukkan muzik tradisional sebenarnya masih mempunyai tempat dalam hati peminat. Cuma mungkin generasi sekarang perlukan lebih banyak peluang untuk mengenali dan menikmati genre ini dalam cara yang lebih segar.

Mungkinkah Kebangkitan Irama Malaysia?

Paling menarik, peminat menyifatkan perkembangan ini sebagai titik permulaan kepada “kebangkitan semula era kegemilangan irama Malaysia”.

Noraniza sendiri meminta peminat supaya bertenang dan bersama-sama memberikan sokongan.

Kalau betul ada ruang untuk menghidupkan kembali irama tradisional dengan nama-nama besar seperti Kak Ani dan Tokti, rasanya memang ramai yang akan excited.

Mungkin sudah tiba masa untuk irama Malaysia kembali “main character” di pentas muzik tanah air?

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker