Selepas 26 Tahun, Dato’ Khadijah Ibrahim Muncul Dengan Karya Yang Buat Ramai Tersentuh

Selepas lebih dua dekad tidak muncul dengan karya rakaman baharu, akhirnya legenda muzik tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim kembali menyapa peminat menerusi single terbaharu berjudul Ibu Doa.
Buat MURAI, ini bukan sekadar lagu baharu, tetapi satu comeback yang cukup bermakna. Dalam era muzik yang sentiasa berubah, kemunculan semula penyanyi berpengalaman seperti Dato’ Khadijah membuktikan karya yang lahir daripada keikhlasan memang tak pernah lapuk dek zaman.
Lagu Tentang Kasih Ibu Yang Tak Pernah Habis

Seperti judulnya, Ibu Doa mengangkat kisah kasih sayang seorang ibu yang sentiasa mendoakan anak-anak tanpa mengira waktu. Pengorbanan, kasih dan doa yang menjadi pelindung hidup diterjemahkan dalam lirik yang cukup dekat dengan kehidupan ramai.
Lagu ini diterbitkan oleh Jasmine Raj Production, manakala lirik dan melodi dihasilkan oleh Baizura Tazri. Susunan muzik pula digarap oleh Pengarah Muzik, Syam Swardy Daud bersama barisan pemuzik berpengalaman yang berjaya memberi nafas penuh emosi kepada karya ini.
Dato’ Khadijah Ibrahim: Legasi Yang Masih Utuh
Kalau sebut nama Dato’ Khadijah Ibrahim, siapa yang tak kenal lagu seperti Doa Buat Kekasih dan Kupendam Sebuah Duka? Sepanjang lebih lima dekad berkarya, beliau sudah menghasilkan 18 album dan lebih 180 lagu yang masih menjadi pilihan peminat sehingga hari ini.
MURAI rasa, kehadiran Ibu Doa mungkin bukan lagu yang mengejar trend semata-mata. Sebaliknya, ia hadir sebagai sebuah karya yang ada jiwa dan mampu menghubungkan pendengar daripada pelbagai generasi. Kadang-kadang, lagu yang paling simple itulah yang paling mudah sampai ke hati.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.