Umno dikhianati selepas Bersatu dijemput masuk MN? – Najib

Umno dikhianati selepas Bersatu dijemput masuk MN? – Najib

Najib Razak berkata Umno berasa dikhianati selepas Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon untuk melawan Barisan Nasional di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Beliau berkata pengkhianatan itu berlaku tidak sampai tiga minggu selepas pemimpin tertinggi Umno dan PAS menghantar surat jemputan pada Ogos 2020 untuk mengajak Bersatu menyertai Muafakat Nasional.



“Surat jemputan kepada Bersatu pernah ditandatangan pada akhir Ogos 2020 tetapi tak sampai tiga minggu kemudian, PN meletakkan calon untuk melawan BN di 17 kerusi DUN dalam PRN Sabah.

“PN juga meletakkan calon Bebas di enam kawasan DUN yang ditanding BN untuk memecah undi kita,” katanya di Facebook.

Komen Najib itu menyusul selepas beberapa pihak tertentu menuduh Umno tidak jujur, sambil mendakwa parti itu memungkiri janji yang dibuat kepada Bersatu ketika ia menjemputnya menyertai MN.

Najib berkata Umno juga telah melepaskan banyak “kerusi tradisional BN” yang mempunyai peluang tertinggi untuk menang kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan itu menang.



Bagaimanapun, katanya, akhirnya calon Bersatu yang dilantik Ketua Menteri, walaupun BN memenangi jumlah kerusi tertinggi.

“Jadi, adakah kamu masih mahu gunakan propaganda bahawa Umno yang mungkir janji dan khianat MN serta PAS sebab tidak teruskan untuk mengajak Bersatu sertai MN?

“Sebab apa kita perlu bekerjasama dan berkawan dengan pihak yang niat sebenar yang mula-mula disorok mereka adalah untuk tamatkan Umno?” soalnya. FMT

Umno dikhianati selepas Bersatu dijemput masuk MN? – Najib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker