VIDA terciduk! Dihentam bertubi-tubi oleh netizen dan rakan artis

BENAR kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Perkara tersebut jugalah yang menghurung usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida selepas dikecam dek kesilapan yang disifatkan tidak disengajakannya itu.

Mungkin niat awalnya sekadar ingin bergurau menjawab pertanyaan peminat dalam media sosial, namun tidak sangka pula kerana hanya satu perkataan, terus lain jadinya.

Ramai juga menyifatkan perbuatan Vida menggambarkan sikapnya yang semberono tidak memikirkan baik buruk dan sensitiviti orang.

Hanya kerana sepatah perkataan iaitu ‘gay’ walaupun dengan cara berbisik ditujukan buat penyanyi terkenal Anuar Zain, Vida terjerat dan terpaksa berdepan serangan dari segenap penjuru.

Selepas tular menerusi video berdurasi 10 saat yang dikongsikan dalam aplikasi TikTok, bedilan demi bedilan berpeluru kecaman masih dihalakan ke arah pemilik nama sebenar Siti Hasmizah Othman itu.

Biadab. Itu satu perkataan yang sudah cukup menyimpulkan perbuatan Vida yang mungkin bagi setengah pihak sudah tiada ruang bagi wanita berusia 52 tahun itu untuk dimaafkan.

 Sesi fotografi bersama pasangan artis, Syamel dan Ernie Zakri, di sini, hari ini. GAMBAR-MOHD FARIZWAN HASBULLAH / PEMBERITA-SHAHERMY (HIBURAN KOSMO)

Lebih perit, perkataan biadab itu muncul dan dibutirkan sendiri daripada mulut kakak kandung Anuar iaitu Ziana Zain.

Ibarat mengejutkan harimau di hutan yang sedang tidur, begitu jugalah nasib Vida yang ‘mengganggu’ adik kesayangan Ziana yang mungkin tidak pernah dijentik apatah dicerca khalayak ramai.

Masih dalam liga dan keluarga yang sama, penyanyi dengan vokal mantap yang merupakan anak saudara kepada Anuar iaitu Ernie Zakri turut memulang buah batu keras mewakili bapa saudara kesayangannya.

“Hati-hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan-bukan. Jaga anak-anak sendiri dulu.”

Ringkas, namun padat dengan maksud tersirat. Itulah yang diciap pelantun lagu Boneka itu dalam Twitter sekali gus menyebelahi bapa saudaranya.

Tidak terhenti setakat Ernie, tampil membidas dan menyelar perbuatan Vida ialah ‘Abang Asmara’ iaitu Datuk Fazley Yaakob yang menyifatkan kekayaan dan populariti dikecapi Vida bukan jaminan terhadap adab serta intelektual seseorang.

FAZLEY antara rakan artis yang bersuara menegur tindakan tidak beretika Vida.

Siap dengan sekeping foto Vida yang ditutup matanya menggunakan sticker (pelekat), Fazley enggan berbasa-basi menerusi hantaran dalam Instagramnya.

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan? Sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan iman walau serba kekurangan.

“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Eloklah jika dijadikan contoh buat anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan,” katanya.

Agak klise, namun demi meleraikan segala kekecohan, selepas tidak tahan terus-menerus ditempelak dan menerima sumpah seranah ramai, Vida sendiri telah tampil memohon maaf secara terbuka buat Anuar.

Kata Vida: “Saya memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain. Saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak recall (ingat balik) apa yang saya cakapkan itu,” katanya dalam keadaan sebak.

Sekadar menambah, dalam hidup ini mudah sahaja, kalau rasa perkataan dan kata-kata yang dikeluarkan itu tidak penting dan bakal mengguris hati orang, usah dan janganlah berbuat demikian.

VIDA terciduk! Dihentam bertubi-tubi oleh netizen dan rakan artis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker