Kontroversi ibu kota baharu Nusantara

BARU-BARU ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengesahkan nama ibu kota baharu Indonesia di wilayah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur ialah Nusantara dengan kos pembangunannya dianggarkan sebanyak AS$33 bilion (RM138.27 bilion).

Projek pembangunan ibu kota baharu berkenaan dikatakan akan berlangsung sehingga tahun 2045 dan hasrat untuk memindahkan ibu kota tersebut dari Jakarta sudah dikemukakan oleh Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada April 2019 dengan memetik peningkatan air laut dan kesesakan teruk di Pulau Jawa yang padat dengan penduduk sebagai sebab-sebab perpindahan itu perlu dilakukan.

Bandar raya Jakarta kini didiami lebih daripada 30 juta orang dan ia telah lama dibelenggu dengan masalah infrastruktur yang serius dan banjir serta diburukkan lagi oleh masalah perubahan iklim dengan pakar meramalkan sehingga satu pertiga daripada kawasannya mungkin berada di bawah air menjelang tahun 2050.

Ibu kota baharu itu akan meliputi kawasan seluas kira-kira 56,180 hektar di Pulau Borneo yang turut menempatkan Malaysia dan Brunei.

Sebelum Jokowi, bekas Presiden pertama Indonesia, Sukarno juga merancang untuk memindahkan ibu negara itu ke Palangkaraya di Kalimantan, manakala mantan Presiden keenam, Susilo Bambang Yudhoyono turut melontarkan pandangan tentang perpindahan tersebut.

Lakaran imej komputer yang menunjukkan Istana Presiden di Nusantara, Kalimantan Timur. – Foto AFP

Bagaimanapun, projek perpindahan ibu kota baharu itu tidak lari daripada dilanda kontroversi dan kritikan yang bermula dengan pemilihan nama Nusantara, proses kelulusannya di Dewan Perwakilan Rakyat, anggaran kos pembangunan dan masalah rasuah.

Nama ibu kota baharu itu diumumkan oleh Jokowi pada 17 Januari lalu sehingga mencetuskan banyak reaksi sama ada daripada netizen sehingga kepada golongan cendiakawan di Indonesia.

ISU NAMA

Seorang pensyarah sejarah dari Universiti Gadjah Mada (UGM), Dr Arif Akhyat menyatakan, nama ibu kota negara sebaik-baiknya merujuk kepada nama wilayah itu kerana pemilihan nama baharu untuk sesebuah wilayah pada kebiasaannya akan menghilangkan aspek-aspek sejarah dan konstruksi sosial budaya masyarakat.

“Nusantara lebih luas dari apa yang sekarang disebut sebagai Indonesia. Nusantara, bukan Jawa tetapi merujuk luar Jawa,” katanya seperti dipetik dari laman rasmi UGM baru-baru ini.

Perkataaan Nusantara juga menjadi trending baru-baru ini dan menjadi perbincangan banyak pihak dengan sejumlah pihak keberatan menerimanya kerana dianggap bercirikan kejawaan.

Namun, menurut portal Jogja.com, Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) menyatakan bahawa Nusantara merupakan sebutan atau nama bagi seluruh wilayah kepulauan Indonesia.

Ia menyatakan bahawa Nusantara terdiri dari dua kata iaitu nusa dan antara dengan perkataan nusa berasal dari Bahasa Jawa Kuno yang berarti pulau sedangkan antara berasal dari bahasa Sanskrit yang bermakna perbezaan, jarak, selisih ataupun luar.

Setelah sebuah jawatankuasa khas Dewan Perwakilan Rakyat mengenai rang undang-undang ibu kota dibentuk pada 7 Disember lalu, ia menyelesaikan perbincangan hanya dalam masa enam minggu dengan pengkritik menyatakan bahawa proses kelulusannya dilakukan secara tergesa-gesa dan gagal merangkumi perundingan awam yang cukup luas.

 

Jakarta tidak lagi akan bergelar ibu kota Indonesia selepas projek pembangunan Nusantara di Pulau Borneo siap. - Foto AFP
Jakarta tidak lagi akan bergelar ibu kota Indonesia selepas projek pembangunan Nusantara di Pulau Borneo siap. – Foto AFP

 

Tambahan pula, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menolak Rancangan Undang-Undang Ibu Kota Negara menjadi undang-undang dengan mempertimbangkan keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.

KOS PERPINDAHAN

Kebimbangan mengenai beban belanjawan negara juga telah disuarakan oleh banyak pihak terutamanya dengan ekonomi yang baharu mulai pulih daripada pandemik tersebut.

Menurut portal berita Nekkei Asia, ketika Widodo mengumumkan langkah perpindahan itu pada tahun 2019, pemerintah mengatakan hanya 19 peratus daripada anggaran kos AS$32.5 bilion (RM136.17 bilion) akan dibiayai oleh kerajaan kerana ia berharap pembangunan ibu kota tersebut dapat menarik pelaburan swasta.

Dalam pada itu, timbul kebimbangan tentang isu rasuah yang mungkin berlaku dalam projek pembangunan ibu kota baharu berikutan penahanan Ketua Daerah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, iaitu lokasi tempat terletaknya Nusantara.

Ketua Daerah itu, Abdul Gafur Mas’ud ditahan oleh para penyiasat Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi (KPK) dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Jakarta Selatan baru-baru ini kerana disyaki menerima rasuah daripada seorang individu yang mana syarikatnya memperoleh projek pembinaan jalan raya.

Menurut portal Asia Nekkei itu, kebimbangan mengenai kelancaran projek infrastruktur besar terhadap rasuah seperti yang terjadi pada masa lalu menyebabkan banyak projek yang bernilai sangat mahal dibiarkan. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker