Urut ‘happy ending’ bertukar tragedi

PATTAYA – Seorang lelaki Britain meninggal dunia ketika mengunjungi sebuah rumah urut di kawasan peranginan di Pattaya walaupun tukang urut bertungkus lumus melakukan pertolongan cemas, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Ketika kejadian, mangsa iaitu Robert John Swain, 70, menanggalkan pakaian lalu berbaring sambil berbogel di atas meja urut.

Seorang tukang urut bernama Oraya mendapati sesuatu yang tidak kena ketika menyapu minyak urut pada belakang badan lelaki itu.



Wanita berusia 39 tahun itu menyedari Swain mula tercungap-cungap ketika sesi urut berlangsung. Swain dikatakan tiba pada tengah hari itu dengan menaiki motosikal jenis Honda yang disewanya.

Oraya yang mula panik meminta kakitangan lain untuk melakukan bantuan pernafasan (CPR) ke atas pesara itu, namun gagal menyelamatkan mangsa.

Polis kemudian tiba di rumah urut Lovely Massage, daerah Bang Lamung itu pada pukul 5 petang (waktu tempatan) lalu menutup lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia sebelum dapat dibawa ke hospital.

Pegawai penyiasat dari Balai Polis Nong Prue, Leftenan kolonel (polis) Teetat Trujan berkata, pihaknya tiba sejurus mendapat panggilan dan menjauhkan orang tidak berkaitan dari kawasan kejadian.



“Anggota-anggota polis memeriksa dan mendapati tiada tanda-tanda penderaan. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

“Punca kematian masih belum jelas. Mayat perlu dihantar untuk bedah siasat bagi mengetahui puncar sebenar kematian. Sementara itu, pihak kami sedang menghubungi keluarga si mati,’’ jelas beliau. – Agensi

Urut ‘happy ending’ bertukar tragedi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker