Masya Masyitah dah kahwin?

Masya Masyitah dah kahwin?

Keterbukaan penyanyi remaja, Masya Masyitah berkongsi kemesraannya bersama teman lelaki mengundang tanda tanya orang ramai, sama ada statusnya gadis cantik berhijab itu sudah bergelar isteri orang.

Menerusi video berdurasi 18 saat dimuat naik dalam TikTok miliknya, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff dilihat berpegangan tangan dan berdua-duaan bersama seorang jejaka bernama Idris Woon dipercayai teman lelaki penyanyi itu.



Rata-rata pengguna media sosial bertanya sama ada pelantun lagu Hapus itu sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dipercayai berbangsa Cina terbabit dan menasihati untuk membuat kenyataan kepada umum akan berita gembira tersebut.

Selain itu, terdapat juga segelintir pengguna media sosial menegur Ceria Popstar itu supaya tidak terus mengunci mulut berkenaan status perkahwinan penyanyi itu bagi mengelakkan fitnah dan teka-teki berterusan daripada umum.

“Kalau sudah kahwin bagi tahu sahaja tak elok jadi asbab orang buat fitnah, kita bukan marah, tertanya-tanya je.

“Sepatutnya kalau betul dia dah nikah kena buktikan takut jatuh fitnah,” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen.



Percubaan Kosmo! Online untuk menghubungi Masya bagaimanapun belum berhasil.

Terdahulu, penyanyi berusia 22 tahun itu menafikan khabar angin sudah berkahwin pada November lalu namun mengakui hubungan cinta dengan Idris mendapat restu kedua-dua pihak keluarga. K Online

Masya Masyitah dah kahwin?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]



Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker