Serang-menyerang antara Pas, UMNO merugikan Islam

Serang-menyerang antara Pas, UMNO merugikan Islam

Tindakan serang-menyerang antara Pas dan UMNO berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak menyumbang kepada persefahaman serta perpaduan umat Islam yang ingin dibina di negara ini.

Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perkara itu sudah mula dilihat ada dalam kalangan ahli kedua-dua parti itu yang menyerang antara satu sama lain di media sosial.



“Apabila timbul isu Pilihan Raya Negeri Johor, sudah mula dilihat ada kalangan ahli kedua-dua parti mula menyerang satu sama lain di media sosial.

“Dibangkitkan isu-isu lama pertembungan antara Pas, UMNO selama 40 tahun sebelum 2018.

“Serang menyerang ini tidak menyumbang kepada persefahaman dan perpaduan umat yang mahu kita bina. Ia tidak selaras dengan tuntutan al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas yang kita persetujui,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Mohd Khairuddin berkata, perundingan antara parti adalah jalan penyelesaian yang perlu dibuat untuk memastikan kemenangan terbaik untuk politik Melayu Islam.



“Jika platform bersama gagal dicari untuk berpilihan raya, masih boleh diuruskan perundingan kerusi secara harmoni.

“Ia perlu dibuat dengan hati yang sejuk dan jiwa yang tulus tidak bermotifkan kuasa untuk kelompok sendiri semata-mata. Saya menyeru ahli kedua-dua parti untuk menghayati perkara ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas masih berpendirian dalam memperkasakan Muafakat Nasional (MN) sebagai dasar semasa Ta’awun Siyaasi Pas.

“Dasar ini diputuskan oleh Majlis Syura ‘Ulamak dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat serta diluluskan oleh 2 Muktamar Tahunan Pas pada 2018 dan 2019.



“Ia telah termeterai dalam bentuk perjanjian yang dipanggil piagam MN yang dibuat antara Pas dan UMNO dengan ditandatangani oleh pimpinan dua parti disaksikan ribuan pimpinan tinggi dan pertengahan Pas serta UMNO dalam himpunan bersama pada 14 September 2019,” jelasnya. Sinar

Serang-menyerang antara Pas, UMNO merugikan Islam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]



Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker