Selepas akaun digodam, Khaled daftar akaun Twitter baru

Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, mendaftar akaun Twitter baharu selepas akaunnya sebelum ini dinyahaktif petang semalam.

Bekas menteri besar Johor itu memberitahu FMT, akaun baharu @nordin_khaled mungkin didaftarkan oleh stafnya.

Akaun Twitter itu menunjukkan beliau menyertai platform media sosial berkenana pada Disember 2020, dengan profailnya tertera “Akaun rasmi naib presiden UMNO”.

Setakat ini, akaun itu hanya mempunyai empat pengikut dan mengikuti 18 akaun, kebanyakannya laman berita dan sekutu politiknya, termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Berhubung keputusan untuk menyahaktifkan akaun terdahulu @khalednordin, Khaled berkata: “Staf saya berkata ia digodam”.

Akaun itu didaftarkan pada Mei 2009 dan mempunyai lebih 112,6000 pengikut.

Menurut Khaled, satu-satunya akaun media sosial dikendalikan sendiri secara peribadi adalah Instagram, manakala Facebook dan Twitter dikendalikan stafnya. FMT

Khaled deactivates Twitter account after questions over gay porn arise

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker