Pasangan kekasih belagak kaya belanja pakai duit palsu

Pasangan kekasih belagak kaya belanja pakai duit palsu

REMBAU – Seorang peniaga kuih muih dan makanan di Tapak Penjaja Chembong terpaksa menanggung kerugian apabila menerima sekeping wang palsu bernot RM100 ketika menjual di gerainya, di sini, semalam.

Peniaga berkenaan, Nur Ashikin Kadir, 35, berkata, ketika itu dia sedang sibuk melayan beberapa orang perlanggan termasuklah sepasang individu yang kelihatan tergesa-gesa membuat pembelian tiga jenis menu di gerainya iaitu kuih rojak, mee rojak dan tauhu begedil bernilai RM16.



Menurutnya, sebaik menerima wang berkenaan, hatinya mula terdetik kelainan pada duit berkenaan, namun menganggap duit tersebut baharu sahaja keluar dari mesin juruwang automatik (ATM) dan sekali imbas, duit berkenaan nampak seperti duit tulen.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang, ada sepasang individu lelaki dan wanita loghatnya seperti orang Indonesia. Mereka nampak seperti kaya dengan menaiki kereta jenis Proton X50.

“Jadi, saya memang tak sangka mereka akan memberikan wang palsu kepada saya. Sebaik menyedari wang berkenaan palsu kira-kira 30 minit selepas kejadian, saya telah memuat naik makluman di page Facebook setempat bagi memastikan peniaga lain tidak tertipu seperti saya dan mengalami kerugian,” katanya ketika ditemui di Chembong, di sini, tadi. K Online

Pasangan kekasih belagak kaya belanja pakai duit palsu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000



Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker