Lelaki ditahan cabul rakan penyewa bilik



Lelaki ditahan cabul rakan penyewa bilik

KLANG – Perbuatan tidak bermoral seorang lelaki yang mencabul rakan penyewa bilik rumah sama membawa padah apabila ditahan di sekitar daerah ini, semalam.

Suspek berusia 38 tahun itu dicekup kira-kira pukul 8 malam iaitu dalam tempoh 12 jam selepas melakukan aksi jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku ketika mangsa seorang wanita berusia 25 tahun berada di dalam sebuah bilik di rumah sewanya di Taman Gembira di sini.

Katanya, suspek yang juga penyewa bilik rumah sama telah memasuki bilik rakan mangsa.




“Suspek yang hanya bertuala dan tidak berbaju itu kemudiannya telah mendekati dan memeluk mangsa dari bahagian hadapan.

“Mangsa telah bertindak menolak dan menepis tangan lelaki itu lalu berlari keluar dari biliknya untuk meminta bantuan sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Hoong Fong menegaskan suspek kini direman selama tiga hari dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. K Online

Lelaki ditahan cabul rakan penyewa bilik





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat



Leave a Reply

Your email address will not be published.