Polis nafi barang kes RM600,000 hilang

Polis nafi barang kes RM600,000 hilang

Polis Negeri Sembilan menafikan dakwaan berlakunya kehilangan barang kes melibatkan wang tunai berjumlah lebih RM600,000 pada Mei tahun lalu seperti yang disebarkan oleh pemilik akaun Twitter Edisi Khas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis terhadap akaun berkenaan kerana memfitnah, malah kes itu telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya menafikan dakwaan yang dibuat oleh mereka. Kes tersebut telah disiasat oleh SPRM. Pihak polis telah buat laporan kerana memfitnah,” katanya kepada FMT.

Semalam, pemilik akaun itu mendedahkan satu laporan polis bertarikh 15 Mei 2020 yang dibuat oleh seorang lelaki Cina berhubung kehilangan wang tunai lebih RM600,000 miliknya ketika ditahan oleh polis di Ibu Pejabat Polis Seremban.

“Ini buktinya @PDRMsia Negeri Sembilan pun pakar curi wang barang kes, sekali serbu hilang RM600,000.

“Kes ini ditutup daripada pengetahuan umum dan sekarang cuba ditutup pulak. Eloklah Ketua Polis Negeri Sembilan letak jawatan segera,” menurut hantaran di Twitter. FMT

Polis nafi barang kes RM600,000 hilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker