Dibelasah hingga tidak sedarkan diri, apa nasib mangsa?

Dibelasah hingga tidak sedarkan diri, apa nasib mangsa?

Kunak: Satu klip video pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja lelaki tular di media sosial hari ini.

Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipegang daripada arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh lima yang lain.

Pada penghujung video terbabit, mangsa dilihat tidak sedarkan diri dipercayai akibat dicekik dari arah belakang oleh seorang daripada remaja terbabit dan keadaan mangsa tidak diketahui.

Selain mencederakan mangsa, tindakan ganas mereka juga seolah-olah tidak menghormati atau menghiraukan laungan azan yang berkumandang ketika itu.

Malah perbuatan tanpa belas kasihan itu turut dirakam oleh seorang individu lain dipercayai rakan kepada kelima-lima remaja terbabit.

Difahamkan, kejadian berlaku pada awal Disember tahun lalu di kawasan Tamu Minggu berhampiran sebuah sekolah agama, di sini, sebelum ditularkan sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. HM

Dibelasah hingga tidak sedarkan diri, apa nasib mangsa?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker