Zulhusni dikejarkan ke hospital akibat kesukaran bernafas

Zulhusni dikejarkan ke hospital akibat kesukaran bernafas

Pemain Penang Black Panthers, Muhamad Zulhusni Basri, 20, terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sakit pinggang, kepala dan sukar bernafas petang tadi.

Dia dibawa dengan menaiki ambulans dari Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.



Ketua Jurulatihnya, Mohamad Fazil Mohd. Asri berkata, keadaan Muhammad Zulhusni kini dilaporkan stabil dan pihaknya sehingga malam ini masih menunggu keputusan imbasan x-ray berhubung kecederaan yang dialaminya.

Menurutnya, Muhammad Zulhusni terjatuh semasa melakukan umpanan pada perlawanan set ketiga menentang pasukan Negeri Sembilan Antlers.

“Dia mengadu sakit kepala, pinggang dan sukar bernafas dan tempatnya telah digantikan dengan Zaim Razali.

“Cuma tunggu keputusan doktor dan keadaannya juga sudah stabil. Untuk perlawanan seterusnya, kemungkinan dia akan direhatkan buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.



Terdahulu, Penang Black Panthers memulakan aksi cemerlang selepas meraih kemenangan pertama ketika bertemu Negeri Sembilan (NS) Antlers pada saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 hari ini.

Pasukan Harimau Kumbang itu akan bertemu juara Divisyen 1 musim lalu, Bomba Fighters pada pukul 5 petang esok. K Online

Zulhusni dikejarkan ke hospital akibat kesukaran bernafas


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker