Reezal Merican, Tengku Zafrul janji terus beri khidmat

Reezal Merican, Tengku Zafrul janji terus beri khidmat

DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berjanji khidmat untuk rakyat di Kepala Batas dan Kuala Selangor tidak berhenti walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kedua-dua bekas menteri Kabinet itu berkata, mereka akan terus melakukan segala usaha dengan kapasiti baharu.



Terdahulu, Reezal yang juga Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkongsi beberapa keping gambar ketika bersarapan bersama dengan bekas Menteri Kewangan di sebuah restoran di ibu negara hari ini.

“Pagi ni bersarapan bersama Tengku Zafrul di tempat biasa kami di Bangsar. Restoran ini memang menjadi pilihan kami selalu sarapan, sebab dua-dua suka makan tosei di sini. Cuba teka kami makan di mana?.

“Kami berborak tentang pengalaman pilihan raya lepas. Sambil berborak, ada pelanggan lain datang tegur sapa kami bertanyakan perkembangan semasa.

“Walaupun keputusan PRU15 tidak memihak kepada kami, Insya-Allah khidmat kami buat keluarga Kepala Batas dan Kuala Selangor tidak akan terhenti sini. Apa jua keperluan akan diusahakan dengan kapasiti baharu ini,” katanya dalam hantaran Facebook.



Pada PRU-15, Reezal Merican gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Siti Mastura dengan mahjoriti 2,867 undi.

Siti Mastura memenangi kerusi Kepala batas dengan mendapat 28,604 undi, manakala Reezal Merican memperoleh 25,737 undi.

Manakala Tengku Zafrul yang bertanding buat kali pertama di Kuala Selangor tunduk kepada penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan majoriti tipis 1,002 undi.

Dr Dzulkefli yang juga bekas Menteri Kesihatan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) penggal lalu, memperoleh 31,033 undi, manakala Tengku Zafrul meraih 30,031 undi. E9



Reezal Merican, Tengku Zafrul janji terus beri khidmat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker