Lelaki ditembak mati ketika cuba rempuh polis

Lelaki ditembak mati ketika cuba rempuh polis

Polis menembak mati seorang pemandu kereta lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.



Difahamkan, suspek yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Lukas Aket ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi. FMT

Lelaki ditembak mati ketika cuba rempuh polis




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu



MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker