Anwar setuju isu kalimah Allah dibawa ke MKI – Sultan Selangor

Anwar setuju isu kalimah Allah dibawa ke MKI – Sultan Selangor

Shah Alam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membawa isu kalimah Allah kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Ogos depan sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja (MRR) pada Oktober ini.

Baginda selaku Pengerusi MKI percaya pandangan MKI adalah penting untuk dimajukan kepada MRR dalam menetapkan dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Persetujuan itu disepakati selepas Sultan Sharafuddin mengadakan perbincangan dengan Anwar di Istana Bukit Kayangan di sini, tengah hari tadi.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengadap dan menyembah taklimat berhubung keputusan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland lawan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

“Beta disembah maklum berhubung komitmen Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Anwar yang akan merujuk isu ini kepada MRR bagi penetapan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan itu, beta selaku Pengerusi MKI menyuarakan pandangan yang juga dipersetujui Yang di-Pertuan Agong, bahawa perkara ini perlu dibawa terlebih dulu kepada MKI untuk dibincangkan selaras dengan fungsi MKI yang bertanggungjawab menasihatkan Raja-Raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus agama Islam pada peringkat Persekutuan.

“Beta juga berpandangan, perkara ini membabitkan sensitiviti agama di Malaysia, isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini perlu dimuktamadkan segera oleh Kerajaan Malaysia dengan penuh hikmah dan tanggungjawab,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut meminta semua pihak menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam.

“Penyelesaian bagi isu ini perlu dibuat berhati-hati berteraskan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tanpa memprejudis hak orang lain untuk menganut dan mengamalkan agama selain agama Islam dengan aman.

“Beta juga meminta semua pihak tidak mempolitikkan, membangkitkan atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini lagi sehingga MRR membuat ketetapan muktamad mengenainya.

“Ini untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia kekal utuh demi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi negara ini,” titah baginda.

Sementara itu, Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan menghormati undang-undang berkuat kuasa di negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan MRR menentukan perkara berkaitan agama Islam pada peringkat Persekutuan.

Katanya, beliau menghormati pandangan Sultan Selangor yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada bulan lalu bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada MKI yang berperanan menasihati MRR.

“Justeru, Kerajaan Persekutuan memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang mengehadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan juga akan memperkemas dasar sedia ada berdasarkan ketetapan MRR yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia,” katanya. BH

Anwar setuju isu kalimah Allah dibawa ke MKI – Sultan Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker