MLM musim depan tidak perlu Sang Bara – Shahrol

MLM musim depan tidak perlu Sang Bara – Shahrol

Program realiti, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi menyaksikan kumpulan Tiro bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM500,000.

Selain itu, tekaan penonton mengenai siapakah juri misteri di sebalik topeng Sang Bara akhirnya terjawab apabila Sharnaaz Ahmad muncul di akhir-akhir rancangan.



Namun begitu, pelawak, Shahrol Shiro berpendapat pemilihan juri untuk program Maharaja Lawak Mega perlu dikaji semula pada musim yang akan datang.

Menurut Shahrol, tidak perlu ada ‘sang bara’ memandangkan pentas finale bertujuan untuk meraikan peserta bukan drama berkaitan siapa sebenarnya Sang Bara.

Tambahnya pelawak-pelawak perlu diberi ruang seluasnya bukan hanya bersorak ketika bertanding sahaja. Selepas pertandingan kebanyakan pelawak-pelawak terus hilang tanpa berita.

Tiro Juara MLM 2021Sumber : Buletin FM
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai walau bagaimanapun memberi pendapat berbeza dengan Shahrol. Mereka sebagai penonton berkata, kewujudan Sang Bara musim ini sebenarnya ‘menyelamatkan’ program tersebut.



Jelas mereka, dengan adanya Sang Bara, para peserta mendapat idea untuk menjadikannya sebagai lawak jenaka pula. Bosanlah asyik ‘kenakan’ juri sahaja kan? Bn

MLM musim depan tidak perlu Sang Bara – Shahrol


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker