Lelaki pakai ‘thong’ sebagai mask dalam pesawat

Lelaki pakai ‘thong’ sebagai mask dalam pesawat

Seorang penumpang dipaksa turun dari sebuah pesawat di Florida selepas dia berkeras memakai seluar dalam bertali halus atau ‘thong’ berwarna merah sebagai pelitup muka, lapor media tempatan, semalam.

Lelaki terbabit, Adam Jenne, 38, diminta turun sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Fort Lauderdale.

Bercakap kepada saluran berita tempatan NBC2, Jenne mendakwa dia mahu menunjukkan bahawa ‘tidak masuk akal’ untuk memaksa penumpang memakai pelitup muka tetapi membenarkan mereka menanggalkannya ketika makan atau minum di dalam pesawat.

Video insiden pada Rabu lalu yang dirakam penumpang lain, menunjukkan kru memberitahu Jenne bahawa dia tidak akan dibenarkan berada dalam penerbangan itu sekiranya enggan menanggalkan ‘thong’ terbabit dari mukanya.

Selepas beberapa perbincangan, lelaki itu akhirnya meninggalkan tempat duduknya.

Jenne mendakwa, dia telah memakai seluar dalam pada mukanya ketika menaiki beberapa pesawat sebelum ini, malah memberitahu kru penerbangan bahawa ‘ia adalah pelitup muka yang berfungsi.’

Sementara itu, United Airlines dalam satu kenyataan menjelaskan, ‘pelanggan terbabit jelas tidak mematuhi peraturan persekutuan mewajibkan pemakaian pelitup muka’ dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

“Kami menghargai tindakan pasukan kami menangani isu terbabit di lapangan selepas pesawat berlepas, sekali gus mengelakkan sebarang potensi gangguan ketika berada di udara,” katanya. BH

Lelaki pakai ‘thong’ sebagai mask dalam pesawat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker