Bayar RM500 hingga RM3,000 keluar masuk Malaysia

Bayar RM500 hingga RM3,000 keluar masuk Malaysia

JOHOR BAHRU – Polis Johor sudah berjaya mengenal pasti dalang sindiket yang terlibat dalam kejadian bot karam di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ke­tua dan ahli sindiket yang menguruskan kegiatan penyeludupan migran itu dipercayai warga Indonesia.

Katanya, sindiket terbabit menawarkan servis untuk menyeludup masuk atau keluar PATI ke Malaysia atau Indonesia melalui laluan laut menggunakan bot pancung yang telah diubah suai.

“Hasil siasatan mendapati, sindiket terbabit mengenakan caj kepada setiap PATI antara RM500 hingga RM3,000 untuk sekali perjalanan bergantung kepada jarak lokasi mereka akan dibawa,” katanya ketika dihubu­ngi di sini semalam.

Ayob Khan memberitahu, Tanjung Balau dipercayai menjadi laluan ‘tikus’ untuk kegiatan penyeludupan PATI kerana kedudukan di antara Batam, Indonesia dan perairan negara ini adalah paling dekat iaitu 9 batu nautika dan hanya mengambil masa pelayaran cuma 15 minit.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Rejimen Ketujuh Artileri Diraja (KAD), Leftenan Kolonel Mohamed Ridzal Radzuan berkata, PATI yang terselamat dalam tragedi bot karam itu me­ngaku bahawa ini bukan pertama kali mereka memasuki negara ini.

Mendedahkan hasil soal siasat awal itu, katanya, PATI terbabit telah menggunakan perkhidmatan sindiket haram itu setiap kali memasuki atau pulang ke Indonesia untuk mencari rezeki dalam sektor perladangan, pembinaan serta penyediaan makanan.

“Ada (PATI) yang tahu dan ada tidak tahu nasib mereka sebelum masuk ke Malaysia dan risiko yang perlu dihadapi,” ujarnya.

Katanya, bot yang karam tersebut dipercayai mengubah haluan pendaratan saat akhir selepas menyedari mereka diekori pihak berkuasa negara ini.

Katanya, bot yang dilengkapi empat enjin dengan 200 kuasa kuda setiap satu itu dikatakan berlepas dari Batam kira-kira pukul 11 malam pada Selasa lalu selepas tiba dari Lombok.

“Penumpang sepatutnya ditu­runkan di Kampung Tengah di Kota Tinggi, namun tekong mengubah lokasi pendaratan ke Pantai Tanjung Balau yang terletak kira-kira tiga kilometer.

“Pasukan kami mengesan sebuah bot yang kelihatan mencurigakan berdekatan Kampung Tengah dan menjejaki sekumpulan PATI sedang bersembunyi di dalam semak di kampung itu.

“Sindiket mahu turunkan penum­pang di Kampung Tengah dan mengambil PATI yang sedang tunggu bot, namun me­ngubah lokasi selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan,” katanya. K Online

Bayar RM500 hingga RM3,000 keluar masuk Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker