Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?

Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?

MENGAPA dilantik Ralph Marshall yang dikaitkan kes jenayah rasuah di India mengepalai Digital Nasional Berhad (DNB) untuk projek 5G RM11 bilion negara?

Rakyat tidak pertikaikan usaha kerajaan untuk menambah baik agenda pendigitalan dengan menyegerakan rangkaian 5G di Malaysia yang dianggap ketinggalan berbanding Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

Rakyat juga umumnya tiada masalah jika Kementerian Kewangan (MoF) mahu menubuhkan anak syarikat milik penuhnya untuk melaksanakan rangkaian dan infrastruktur 5G.

Lapan Persoalan asas yang wajib dijelaskan secara tuntas.

Namun, yang rakyat persoalkan…

1. Kenapa tiada ketelusan dalam perlantikan syarikat dan penawaran tender yang melibatkan kos besar RM11 bilion dan dijangka meningkat sehingga RM20 bilion?

2. Mengapa dilantik Ralph Marhall, seorang yang dikaitkan dengan kes jenayah rasuah melibatkan jumlah ratusan juta di mahkamah di India sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada DNB, syarikat tunggal mengendalikan agenda 5G negara ini?

Atas prinsip ketelusan juga, siapakah lagi anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi DNB?

3. Apakah berkemungkinan wujud sebarang bentuk penyelewengan, ketirisan dan musibah rasuah apabila melantik secara tidak telus individu-individu yang dianggap kroni kepada beberapa kepimpinan parti politik?

4. Apakah keputusan untuk melantik DNB sebagai syarikat tunggal mengendalikan projek RM11 bilion yang dibuat ketika tempoh Proklamasi Darurat waktu Perdana Menteri ke-8 ini dianggap semacam agak tergesa-gesa dan membuka kepada pelbagai polemik melibatkan ketelusan dan tadbir urus yang baik?

5. Yang dipertikaikan juga adalah soal tadbir urus (governance), penglibatan semua pemegang taruh ‘stakeholders’ dan ketelusan dalam perlaksanaan agenda pendigitalan negara 5G oleh DNB.

Kenapa persoalan-persoalan yang diutarakan oleh umum tidak diperincikan dan dijawab secara berfakta?

6. Dari aspek tadbir urus juga, walaupun DNB adalah milik penuh Kementerian Kewangan (MOF), kenapa DNB tidak diletakkan di bawah kawal selia Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang lebih mahir dalam industri telekomunikasi?

7. Adakah DNB akan bertindak secara bebas dalam operasi perniagaannya terutamanya dalam perkara-perkara yang melibatkan penawaran tender dan pemberian kontrak bernilai tinggi, pemilihan kontraktor dan pembekal?

8. Disebabkan tiada koordinasi dan kawal selia yang baik, lebih kepada menjadikan DNB sebagai sebuah GOC bebas, ada berita mengatakan bahawa setakat ini, ‘roll out’ 5G di Lembah Kelang tidak mendapat kerjasama syarikat-syarikat telco untuk menyewa spektrum DNB. (https://www.businesstimes.com.sg/…/no-takers-for… )

Kesemua lapan persoalan asas di atas yang bermain di fikiran rakyat wajar dijawab secara tuntas oleh Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri ke-8 juga nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankannya.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker