Guan Eng masuk IJN

Guan Eng masuk IJN

Mahkamah Sesyen akan meneruskan perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang Lim Guan Eng walaupun bekas Ketua Menteri itu tidak hadir hari ini.

Peguam Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa Lim telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad.

“Beliau menjalani prosedur perubatan dan pihak hospital telah memberikan sijil sakit kepadanya bermula Ahad hingga esok. Beliau akan kembali ke mahkamah pada Khamis.

“Kami memohon perbicaraan dijalankan tanpa kehadirannya memandangkan pihak pendakwaan memanggil saksi rasmi hari ini dan esok,” katanya sambil menambah mahkamah boleh memohon Seksyen 264 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) di mana kehadiran tertuduh boleh diketepikan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata mereka bersimpati dengan keadaan Lim dan berharap beliau cepat sembuh.

“Bagaimanapun, kami mahu menyatakan kekesalan kepada mahkamah ini kerana tertuduh (Lim) memilih untuk dimasukkan ke hospital apabila mengetahui perbicaraannya telah ditetapkan minggu ini.

“Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya.

Gobind menjawab dengan memohon maaf kepada mahkamah dan menegaskan bahawa pihak pembelaan mahu meneruskan kes itu.

Hakim perbicaraan Azura Alwi kemudian berkata beliau akan merujuk Seksyen 264 CPC untuk perbicaraan hari ini dan esok.

Lim, didakwa sebagai ketua menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau dituduh meminta suapan 10% daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. FMT

Guan Eng masuk IJN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker