Calon BN Pitas positif Covid-19

Calon BN bagi DUN Pitas, Sufian Abd Karim mengesahkan dia positif wabak Covid-19.

Dalam hantaran di Facebook, Sufian memohon maaf kepada pengundi, petugas, jentera, rakan dan keluarga yang banyak membantunya ketika kempen atas perkara itu.

“Saya, Sufian Abd Karim, calon BN bagi N03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan ujian covid19 dan telah disahkan positif.

“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera.

“Mohon kepada semua yang pernah bersama saya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat saringan,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii disahkan positif dalam tempoh kempen PRN, membuatkan pihak yang mempunyai kontak rapat dengannya dikehendaki membuat saringan.

Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan kemudiannya turut disahkan positif Covid-19 sebaik pulang dari Sabah.

Antara yang diminta menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat Razlan pula termasuklah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

Kawasan N03 Pitas menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Sufian dengan calon Warisan, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (Usno) dan calon bebas.

Setakat 12 tengah hari tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 41 peratus pengundi telah membuang undi, dan proses undian dijangka ditutup jam 5 petang ini. Mk

Lagi 3000 ahli PKR keluar parti, tamparan buat Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker