[VIDEO] Kena Hon Punya Pasal..Tular Doktor Maki Dan Doakan Orang Awam Supaya Dijangkiti Covid-19

Seperti yang kita tahu, setiap pengguna jalan raya haruslah patuh pada peraturan dan memandu dengan cermat untuk keselamatan bersama

Jika melanggar peraturan jalan raya, sudah tentu kita akan menyusahkan pemandu lain dan kadangkala ia boleh mencetuskan pergaduhan besar serta melibatkan banyak pihak.

Namun, common sense dan budi bahasa sangatlah penting ketika memandu tidak kira dalam apa jua situasi sama ada anda betul atau salah.

Tular baru-baru ini di laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang merupakan doktor di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah bertengkar dengan dua orang lelaki di jalan raya berdekatan hospital tersebut.

Tindakan wanita itu nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=g5r5gd-skTs[/embedyt]

Pengguna Twitter Fadzli Amin atau @Fadzmin yang memuat naik dua video tersebut itu dalam ciapannya memaklumkan bahawa pemandu tersebut merupakan seorang doktor dan telah melakukan provokasi.

“@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di Hospital Serdang.

“Cara dia melakukan pusingan U membahayakan orang lain dan melakukan provokasi melampau. Wajarkah seorang doktor doakan orang kena Covid-19?,” ciap @Fadzmin di akaun Twitternya.

Membuat U-Turn berdekatan hospital sampai memakan jalan dan tidak mahu mengalah sehingga mengejar kereta si perakam

Menerusi video yang dirakam menggunakan dashcam, pada mulanya kereta si perakam berada di jalan utama sebelum doktor itu membuat pusingan U dari arah bertentangan.

Sejurus selepas itu, si perakam pantas membunyikan hon kepada doktor berkenaan kerana keretanya dikatakan telah memakan jalan utama.

Akibat tidak berpuas hati, doktor itu bertindak membunyikan hon berulang kali dan mengejar kereta si perakam sehingga tiba di lampu isyarat.

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila doktor itu berhenti di sebelah kereta si perakam dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi. Malah dia dikatakan telah mendoakan si perakam supaya mendapat penyakit Covid-19.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat  680.4K views, 13.8K retweets, 11.5K likes dan 2.6K quote tweets di Twitter

Bertaraf Professor Madya

Hasila carian di internet, menurut netizan, pemandu wanita tersebut merupakan seorang Doktor Perubatan yang Bertaraf Profesor Madya. Kepakaran Prof ini ialah dalam bidang ‘Hematologi’

Hematologi ialah cabang perubatan berkenaan dengan kajian punca, prognosis, rawatan dan pencegahan penyakit yang berkaitan dengan darah. Ia melibatkan merawat penyakit yang mempengaruhi pengeluaran darah dan komponennya, seperti sel darah, hemoglobin, protein darah, tulang sumsum, platelet, pembuluh darah, limpa, dan mekanisme pemb,ekuan.

Penyakit itu mungkin termasuk hemofilia, pembekuan darah, yang lain gangguan pendarahan dan darah kanser seperti leukemia, beberapa miloma, dan limfoma. Makmal kerja yang masuk ke dalam kajian darah sering dilakukan oleh teknologi perubatan atau perubatan makmal sains. Banyak pakar hematologi bekerja sebagai ahli hematologi-onkologi, juga menyediakan rawatan perubatan untuk semua jenis kanser

 

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan komen masing-masing terhadap video tular itu. Ada yang berpihak kepada doktor tersebut dan ada juga yang menyokong si perakam.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

 

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter mendakwa bahawa wanita tersebut merupakan pensyarah di salah satu universiti awam. Menurutnya, doktor tersebut memang terkenal dengan sikap agresif dan dianggap sombang oleh pelajarnya.

 

Walau bagaimanapun, kesahihan video ini tidak dapat dipastikan memandangkan hanya satu pihak sahaja menceritakan hal tersebut.

Namun begitu, masing-masing diharap dapat menyelesaikan perselisihan faham ini dengan matang agar tidak mencerminkan imej yang kurang baik kepada mana-mana institusi kerajaan.

Tak kisah siapa yang bersalah dalam hal ini, tapi sebagai pengguna jalan raya kita mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang. Drive safe okay guys!

Bersabar mampu elakkan nahas di jalan raya

Secara umumnya, kemalangan boleh dielakkan jika setiap pengguna jalan raya mempertingkatkan tahap kesabaran serta bertolak-ansur, selain daripada bertawakal, sama ada pada masa musim perayaan atau pun pada hari biasa.

Sikap ini boleh diterjemah dalam berapa sikap terpuji seperti mematuhi hadlaju yang ditetapkan, tidak memandu secara merbahaya seperti mengekori rapat dan menukar lorong sesuka hati, tidak memotong pada garisan berkembar, tidak memotong barisan, tidak menggunakan lorong kecemasan, memakai topi keledar secara betul, memakai tali pinggang keledar, memakaikan alat pengekang untuk kanak-kanak (contohnya, kerusi keselamatan), mengelakkan diri dari menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol atau ubat, tidak memandu dalam keadaan meng4ntuk dan letih, dan lain-lain.

Selain itu, pengguna jalan yang bijak juga mesti tahu membaca risiko kerana kebolehan untuk membaca risiko akan membantu pemandu atau penunggang untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Contohnya, risiko kemalangan adalah lebih tinggi ketika jalan licin atau hujan dan gelap.

Pengguna jalan yang bersikap sabar juga tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang seperti menggunakan lorong kecemasan. Mungkin masih jelas dalam ingatkan kita peristiwa bagaimana paramedik gagal untuk menyelamatkan nyawa dua adik beradik yang mengalami kemalangan di lebuh raya kerana ambulan tersekat pada lorong kecemasan.

Oleh itu, bersabarlah di jalan raya terutamanya apabila berlaku kesesakan yang teruk. Elakkan nahas hanya kerana kegagalan kita untuk bersabar dan bertolak ansur sehingga membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Kita doa yang baik-baik saja untuk mereka

Related Articles

One Comment

  1. Tak perlu hon terlalu panjang. Hon pendek pun sudah cukup menghentikan sementara kereta yang u-turn itu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker