Kad laporan 100 hari: Rina Khan dapat markah buruk

PETALING JAYA: Kad laporan 100 hari bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diterbitkan, dan aktivis wanita menandanya dengan markah yang buruk.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, kementerian yang diterajui Rina Harun dan timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff, dibelenggu kepimpinan yang lemah dan tidak maju dalam isu-isu besar.

Kiraan detik 100 hari bermula pada 1 Sept apabila Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Muhyiddin Yassin, namun Rina dan Siti Zailah telah menyandang jawatan mereka sejak Mac tahun lepas.

Yeoh berkata, kementerian gagal menggunakan geran RM30 juta yang diluluskan oleh Parlimen untuk menangani isu seperti melindungi kanak-kanak dan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak bagi petugas barisan hadapan.

Sheela Jayabalan, yang mengajar undang-undang di UiTM Shah Alam, tidak berpuas hati dengan kekurangan kemajuan kementerian itu dalam menghentikan perkahwinan bawah umur.

“Ia sepatutnya sudah dijadikan satu jenis jenayah,” katanya.

Tambahnya, beliau ingin melihat Rina and Siti Zailah menangani penyediaan pendidikan seks holistik di sekolah dan isu pekerjaan untuk golongan kurang upaya sebelum pilihan raya akan datang (PRU15).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Yu Ren Chung memuji kementerian kerana meneruskan usaha menangani keganasan domestik dan memperuntukkan dana tambahan bagi mangsa penderaan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan pelaksanaan inisiatif dalam menyelesaikan isu ini.

“Tiada butiran terperinci mengenai rancangan dan bagaimana peruntukan bajet akan dilaksanakan,” katanya.

Kad laporan 100 hari: Rina Khan dapat markah buruk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker