Roger Ng, bekas pegawai bank Goldman Sachs yang ‘mengelapkan’ dana 1MDB diserahkan kepada Malaysia hari ini

Hakim daerah di AS telah mengarahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS hari ini sebelum diserahkan kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia untuk berdepan tuduhan di negara ini.

Ng berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan di New York kerana membantu menggelapkan berbilion dolar daripada 1MDB dan akan dikehendaki memulakan hukuman penjara apabila kembali ke AS.

Tarikh penyerahan pada mulanya dijadualkan pada 6 Sept tetapi ditangguhkan selepas pendakwa meminta lebih masa.



Ng yang merupakan warganegara Malaysia adalah bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia dan dijatuhkan hukuman pada Mac, 11 bulan selepas juri mendapati dia bersalah kerana membantu bekas bos Goldman, Tim Leissner untuk menggelapkan wang daripada 1MDB, mencuci hasil, dan menyogok pegawai kerajaan untuk memperoleh perniagaan.

Kes itu melibatkan kira-kira AS$6.5 bilion bon yang Goldman bantu 1MDB jual pada 2012 dan 2013.

Pendakwa raya A.S. berkata pegawai, bank dan sekutu mereka menggelapkan kira-kira AS$4.5 bilion daripada jumlah itu.

Hukuman Leissner kini dijadualkan pada 19 Mac 2024 manakala ahli perniagaan Low Taek Jho, yang didakwa menjadi dalang di sebalik kecurian dana itu, masih dalam buruan.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker