Penularan kes Covid-19 di sekolah, Menteri Bersatu kata terkawal

JITRA: Penularan kes jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah selepas pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bagi negeri di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dipantau dengan sewajarnya.

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata situasi itu adalah terkawal jika dibandingkan dengan keseluruhan jumlah sekolah yang ada di seluruh negara iaitu melebihi 10,000.

“Secara umumnya dalam keadaan sekarang ini iaitu kita menuju ke fasa transisi kepada endemik ini, kita tahu bahawa virus ini ada di sekeliling kita. Alhamdulillah, kita lihat bahawa SOP (prosedur operasi standard) ini berkesan dan dapat berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan pendidikan digital di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini.

Beliau mengulas mengenai situasi semasa keadaan penularan pandemik itu yang melibatkan Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya yang diarahkan tutup sementara berikutan 135 kes baharu positif Covid-19 membabitkan warga sekolah itu.

Media turut melaporkan seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik disahkan positif Covid-19 semalam, selepas menunjukkan gejala sejak 28 Nov lepas selain tiga guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang yang turut disahkan positif virus itu dan diarah menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO).

Mengulas lanjut, Radzi berkata punca penularan jangkitan dalam kalangan warga sekolah terbabit masih dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

“Dalam konteks asrama ini juga sebenarnya kami amat teliti, antara SOP yang amat terperinci dilaksanakan kerana risikonya apabila berlaku satu kes kebanyakan mereka tinggal dalam asrama, potensi untuk jangkitan ada.

“Di asrama perebakan risiko lebih tinggi berbanding sekolah harian, kerana di asrama mereka berada di situ sepanjang hari, sepanjang tempoh tersebut, duduk dalam asrama buka pelitup muka, duduk dengan kawan-kawan, kami akan terus pantau bagi memastikan supaya keadaan teratur dan selamat untuk pelajar,” katanya.

Sementara itu, Radzi berkata kementeriannya memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pengurusan sekolah yang cuba menyembunyikan kes positif Covid-19 membabitkan guru dan pelajar.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini tiada sekolah yang dikesan berbuat demikian berikutan setiap sekolah perlu melaporkan segera kes yang berlaku.

Penularan kes Covid-19 di sekolah, Menteri Bersatu kata terkawal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM arah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker