Jujur Sungguh Pemandu Teksi Ini, Serah Bagasi Barang Kemas Dan Wang Tunai Kepada Polis

Jujur Sungguh Pemandu teksi Ini, Serah Bagasi Barang Kemas Dan Wang Tunai Kepada Polis

DALAM hiruk-pikuk kehidupan bandar, segelintir individu sering terlupa dan tanpa sengaja meninggalkan barang-barang mereka di dalam kereta, bas ataupun teksi.

Malangnya dalam kebanyakan kes, barang mereka jatuh ke tangan orang yang tidak jujur.

Walau bagaimanapun, masih terdapat insan mulia yang bersikap amanah dan memulangkan semula barangan yang ditemui kepada pemilik asal.

Seorang pemandu teksi roda tiga (rickshaw) di India mendapat pujian kerana memulangkan bagasi yang mengandungi barang kemas dan wang tunai kepada pemiliknya.

Kerana tindakan jujur pemandu teksi berkenaan, bagasi tersebut selamat dipulangkan kepada pemiliknya.

Insiden itu berlaku pada Rabu lalu, apabila pemandu teksi bernama Vinod Yadav menjumpai bagas berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Dilaporkan, bagasi itu mengandungi sepasang gelang emas, cincin, sepasang gelang kaki dan wang tunai Rs 75,000 (RM 4,231) beserta pakaian.

Polis mengesan pemilik dan menghubunginya melalui nombor telefon yang dijumpai di dalam bagasi tersebut. – India.com

Jujur Sungguh Pemandu teksi Ini, Serah Bagasi Barang Kemas Dan Wang Tunai Kepada Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker