Iqbal Mahu Dekati Rossa, Terpikat Dengan Sikap Lemah Lembut Dan Sopan Beliau
Iqbal Mahu Dekati Rossa, Terpikat Dengan Sikap Lemah Lembut Dan Sopan Beliau
MENGAMBIL keputusan membawa diri ke negara Indonesia, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkifli memberitahu kini cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang, Datuk Sri Rossa.
Iqbal, 27, yang menemui penyanyi lagu Pudar itu pada Ahad menyifatkan beliau seorang yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.
“Semalam saya dijemput untuk tayang perdana filem Love Knots dan kebetulan Rossa ada hadir sebagai salah seorang yang penting dalam filem itu.
“Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam dan dekat sebab dia sangat humble. Tapi tak ada niat nak rosak hubungan dia dengan siapa-siapa pun hanya nak berkenalan.
“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila
berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya kepada mStar.
Ujar Iqbal, selepas berpindah ke Indonesia dia berasa lega kerana kedatangannya disambut baik netizen di negara itu.
Dia yang berniat untuk tinggal lama di sana cuba untuk mencari peluang dan ruang memasuki pasaran Indonesia sekiranya ada rezeki.
“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia.
“Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.
“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka.
Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu Hujan ini, dia mahu mencari ketenangan dan mengelakkan diri daripada memikirkan masalah yang tercetus di Malaysia.
“Yang sejujurnya saya memang nak bawa diri nak lari sekejap. Bukan tak ada arah tujuan. Saya akan ambil masa yang lama akan duduk sini.
“Saya rasa harus pandang ke depan dan nak hidup saya lebih banyak perkembangan,” ujarnya berangkat ke Indonesia pada Jumaat lalu.mSTAR
Iqbal Mahu Dekati Rossa, Terpikat Dengan Sikap Lemah Lembut Dan Sopan Beliau
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel
- Najib: Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri
- Isu tanah di Langkawi, Mahathir melenting sindiran Najib
- Mungkin Sanusi tak berani – Kon Yeow
- Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi
- Menara Merdeka 118 kini bangunan kedua tertinggi di dunia
- Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan
- MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li
- Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles
- Dulu kereta kena tarik, kini mampu beli Ferrari
- Wanita berang payudara bersaiz 38j miliknya dituduh palsu
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi
Perbualan WhatsApp bersama ‘awek’ terdedah ketika sesi pembentangan kuliah [VIDEO]