Perbualan WhatsApp bersama ‘awek’ terdedah ketika sesi pembentangan kuliah [VIDEO]

Mahasiswi viral di media sosial. Foto: Dok. Tangkapan layar akun TikTok @irmaagatn

JAKARTA – Gara-gara terlupa menutup tetingkap perbualan pesanan ringkas bersama teman wanita, seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Indonesia menjadi tular ekoran perbualan romantisnya dapat dibaca oleh rakan sekelas ketika sesi pembentangan diadakan, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan satu klip video yang dimuat naik di TikTok, pelajar lelaki tersebut sedang berdiri di hadapan kelas sambil melakukan pembentangan menggunakan layar projektor.

Tanpa disengajakan, dia membuka tetingkap yang memaparkan perbualannya bersama teman wanitanya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Teruskan semangat ketika belajar, sayangku,” tulis perbualan  dengan teman wanitanya.



https://www.youtube.com/watch?v=EwdLfdbUplY

Situasi itu mengundang ketawa dalam kalangan pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya yang menyorak apabila membaca perbualan tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima lebih 1.6 juta tontonan beserta 74,000 tanda suka setakat ini.

“Rasa malu yang tidak dapat dibendung sehingga ke tulang hitam,” kata seorang netizen.



“Sampai begitu sekali pensyarahnya ketawa,” komen seorang lagi. – Agensi

Perbualan WhatsApp bersama ‘awek’ terdedah ketika sesi pembentangan kuliah [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker