Pekerja seks, bapa ayam bawah umur dicekup

Gambar Hiasan

JAKARTA – Pasukan Serbuan Sosial Bandar Makassar menahan lapan pasangan muda kerana didapati terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di JI Panakkukang, Makassar kelmarin, lapor laman berita Tribun-Timur.com semalam.

Malah, tiga daripada mereka didapati merupakan individu bawah umur yang bekerja sebagai pekerja seks.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Sosial Makassar, Muhyiddin berkata,  dua daripada pekerja seks  itu berusia 15 tahun, manakala seorang daripadanya berumur 12 tahun.

Mereka didapati telah lama bekerja dan melayan pelanggan hampir setiap hari.



“Menurut pengakuan mereka, ketiga-tiga mereka berpusat di wilayah Gowa.

“Malah, ‘bapa ayam’ mereka juga merupakan individu bawah umur yang baru berusia 15 tahun,” kata Muhyiddin.

Ketiga-tiga pekerja seks bawah umur itu akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Sosial Mattirodeceng.

“Kami akan menjalankan penyiasatan kerana berdasarkan pengakuan mereka, ramai remaja seusia mereka bekerja sebagai pekerja seks  dan kami telah merampas telefon bimbit milik mereka,” katanya. – AGENSI



Pekerja seks, bapa ayam bawah umur dicekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker