Maaf tiada cuti rehat, Penyokong JDT kecewa!

KUALA LUMPUR : Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja balik dengan kekecewaan malah kepenatan apabila terpaksa mengharungi perjalanan jauh serta perlu bekerja esok.

Sebelum ini, Kerajaan Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa jika pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, sebagai tanda penghargaan kepada juara pasukan musim ini pada sambutan ulang tahun trofi berprestij ke-100 itu.



Bagaimanapun, kejutan dihadirkan Kuala Lumpur City (KL City) apabila menjinakkan pasukan terbaik Liga Malaysia itu 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu dikecapi selepas 32 tahun menanti trofi tersebut selepas klai terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij berkenaan pada tahun 1989.

Maaf tiada cuti rehat, Penyokong JDT kecewa!

 




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Final Piala Malaysia: KL juara, JDT menangis



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker