Pemandu Perodua Alza jatuh Jambatan Pulau Pinang diselamatkan

Pemandu Perodua Alza jatuh Jambatan Pulau Pinang diselamatkan

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 3.4 arah Perai menghala ke pulau berjaya diselamatkan nelayan pantai petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam laut sebelum diserahkan kepada pasukan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 3.45 petang.



Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot Penggalang 12 bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat, namun terlebih dahulu diselamatkan nelayan.

“Mangsa seorang lelaki dipercayai dari Gelugor sebelum itu telah meninggalkan MPV Perodua Alza beserta barangan peribadinya di atas jambatan.

“Dia kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada pasukan ambulans Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Maklumat terakhir yang diterima daripada pihak hospital, mangsa kini berada dalam proses rawatan dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. K Online



Pemandu Perodua Alza jatuh Jambatan Pulau Pinang diselamatkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi



Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker