Biodata Aktor Zizan Razak

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang  Aktor Zizan Razak yang di kemaskini pada 25 Apr 202. Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–17) dan Polis EVO (2015–18). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

Zizan Razak
Zizan pada 2013.
Kelahiran
Mohd Razizan bin Abdul Razak

15 April 1984 (umur 37)

Dungun, Terengganu, Malaysia
Nama lain Zizan Raja Lawak
Pekerjaan pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, ahli perniagaan
Tahun aktif 2007–kini
Kerjaya lawak
Media Televisyen, filem, muzik
Genre Komedi, sketsa
Subjek Peristiwa semasa, budaya pop
Hasil karya dan peranan
  • Raja Lawak Astro
  • Jozan Show
  • Kapoww!!
  • KL Gangster
  • KL Gangster 2
  • Abang Long Fadil
  • Abang Long Fadil 2
  • Hantu Bonceng
  • Mael Lambong
  • Polis EVO
Ahli Jozan
Kerjaya muzik
Genre Hip hop
Instrumen Rap, vokal
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Pengkarya berkait
Dina Nadzir, Zain Hamid, Kaka Azraff, Altimet, SonaOne, Melda Ahmad, Hannah Delisha

FOTO

 

Zizan & Nadia Brian Bercinta?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker