Tok Mat kata bukan influenza, kempen PRN mode ON

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini, setelah kembali sembuh selepas dilaporkan dijangkiti influenza.

Mohamad atau lebih mesra dipanggil Tok Mat meluahkan kesyukuran apabila ujian darah yang dijalankan juga mendapati beliau bebas dari virus tersebut sebaliknya mengalami demam selsema yang agak teruk sahaja.

“Saya baru setengah hari ni turun padang kerana demam selsema. Alhamdulillah bila cek darah tu, bukan influenza cuma demam selsema tapi teruk. Jadi dapat saya turun memulakan kempen saya semula di Dun (Dewan Undangan Negeri) Rantau dalam siri masa berkempen.



“Pemerhatian saya setakat ni Alhamdulillah. Sokongan daripada pengundi-pengundi, penduduk di kawasan amat baik terutamanya di semua kawasan-kawasan yang saya pergi. Sambutan dan reaksi baik,” katanya, ketika ditemui sempena Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Melayu, Cina Dan India di Dewan Terbuka Bola Keranjang Kuala Sawah, di sini hari ini.

Beliau merupakan calon Barisan Nasional (BN) di DUN Rantau menentang seteru daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rozmal Malakan pada PRN, 12 Ogos ini.

Mohamad adalah penyandang ADUN tersebut setelah menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau sebelum ini, selain memegang jawatan Ahli Parlimen Rembau.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker