Guru buat ‘love bites’ pada pelajar tingkatan 4 disiasat

Seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di daerah ini didakwa melakukan salah laku seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 16 tahun.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, guru berusia 37 tahun itu didakwa memeluk dan mencium leher murid tingkatan empat di perpustakaan sekolah sehingga meninggalkan kesan kemerahan sekitar Disember tahun lalu.



Ketika ini, murid lelaki terbabit berusia 17 tahun.

“Kami menerima satu laporan polis daripada ibu mangsa berusia 46 tahun yang juga ibu tunggal pada 12 Disember tahun lalu.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah mendapati kejadian itu berlaku jam 4.30 petang pada tarikh yang dilaporkan

“Mangsa dikatakan dipeluk dan dicium oleh guru matematik itu. Mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan ke atas kesan kemerahan pada leher,” katanya.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebat

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker