Shila Amzah hampir ‘terberanak’ di bazar Ramadan

Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila terasa seperti hendak bersalin ketika berkunjung ke bazar Ramadan pada minggu lalu.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, yang kini sedang sarat hamil lapan bulan, menyangka sudah tiba masanya untuk bersalin apabila terasa sakit sewaktu tiba di bazar Ramadan.

“Sumpah, saya sangka memang hendak bersalin minggu lalu. Saya ke bazar Ramadan bersama suami dengan menaiki motorsikal.



“Kami selamat sampai (di bazar) hanya untuk bergegas balik rumah sebab saya mula rasa seperti sesuatu hendak keluar (bersalin),” kongsi Shila menerusi Instagramnya.

Tambah Shila, sejak usia kandungannya yang memasuki trimester ketiga, dia semakin malas untuk memuat naik sebarang perkembangan dalam media sosial.

Sungguhpun begitu, proses kehamilan anak keduanya berjalan lancar dan Shila dijangka akan bersalin pada bulan Syawal tidak lama lagi.

Namun jelas Shila, dia tidak dapat lari daripada berasa gementar menanti kelahiran secara normal selepas bersalin secara pembedahan caesarean untuk anak pertamanya.



“Maaf semua, seri wajah ibu mengandung sudah habis. Saya teruja tetapi dalam masa sama gementar.

“Saya berharap kelahiran secara VBAC (Virginal Birth After Caesaean) akan berjaya. Doakan untuk saya,” ujar Shila.

Dalam pada itu, Shila yang menjalani kehidupan seperti biasa turut mendedahkan dia terpaksa menahan kesakitan akibat perubahan hormon dan bentuk badan sepanjang kehamilannya.

“Saya memasak hampir setiap hari sepanjang Ramadan, kehamilan kali ini agak sukar dan mencabar.



“Perubahan hormon yang saya tidak dapat gambarkan dengan kata-kata, sakit pada bahagian pelvis dan siapa kata kontraksi palsu (braxton hicks) tidak sakit.

“Tetapi Ramadan kali ini sangat peribadi bagi saya dan saya menikmati setiap detik istimewa ini bersama keluarga kecil saya,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu.

Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023. Terdahulu Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018, namun berakhir dengan perceraian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia 5 tahun



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker