McDonald’s seluruh Sri Lanka ditutup diarah tutup oleh Mahkamah

COLOMBO: Restoran makanan segera, McDonald’s, ditutup di seluruh Sri Lanka, hari ini.

Ia berikutan syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu melancarkan tindakan perundangan terhadap pemegang francais tempatan atas dakwaan tahap kebersihan yang tidak memuaskan, menurut pegawai mahkamah.

Mahkamah Tinggi Komersial Colombo mengarahkan restoran terbabit ditutup hingga 4 April depan, selepas syarikat induk menuduh pemegang francais tempatan gagal memenuhi piawaian kebersihan antarabangsa.



“Perintah dikeluarkan untuk penutupan berkenaan sementara menunggu siasatan,” kata pegawai mahkamah.

Beliau berkata, peguam mewakili McDonald’s memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah menamatkan perjanjian francais dengan syarikat tempatan, Abans, minggu lalu.

Pendengaran kes dijadualkan bersambung pada awal April depan.

Setakat ini, McDonald’s atau Abans tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan.



Abans telah memegang francais membabitkan sebanyak 12 outlet McDonald’s sejak firma AS itu memasuki Sri Lanka pada 1998.

Sementara itu, kelihatan notis di luar outlet McDonald’s, hari ini, menyatakan restoran berkenaan ‘ditutup’ tanpa makluman jika atau bila ia akan beroperasi semula.

Minggu lalu, restoran McDonald’s di Sri Lanka dilaporkan tidak terjejas ketika berlaku masalah teknologi yang mengganggu tempahan di sebahagian besar Asia Timur. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker