PN Melaka sedia runding kerusi dengan BN

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) negeri sedia berunding dengan (BN) UMNO berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, perbincangan itu penting bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada UMNO sama ada mahu berunding atau sebaliknya.

“Kalau mereka (UMNO) enggan berunding, itu hak mereka. PN sentiasa terbuka untuk berunding.

“Keteguhan solidariti antara komponen-komponen PN menjadi kekuatan kami. Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan bertembung sesama sendiri,” katanya pada sidang akhbar PN Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.

PN Melaka sedia runding kerusi dengan BN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bagi PH tadbir Melaka – Idris Haron

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker