Cabut Rambut Sendiri Akibat Tekanan Lockdown Yang Melampau

Cabut Rambut Sendiri Akibat Tekanan Lockdown Yang Melampau

London: Akibat tekanan kerana sekatan pergerakan (lockdown), seorang kanak-kanak perempuan di United Kingdom, hampir botak selepas mencabut rambutnya sendiri.

Amelia Mansie, 8, mula mencabut bulu matanya April lalu dipercayai akibat tekanan kerana tidak dapat keluar bermain dan berjumpa rakan-rakannya, lapor Mirror.

Ibunya, Jemma, berkata tidak lama kemudian anaknya itu mula mencabut rambutnya sendiri sehingga hampir botak.

Katanya, anaknya itu didiagnosis dengan trikotilomania.

Gangguan itu menyebabkan seseorang mempunyai dorongan kuat untuk mencabut rambut sendiri.

Dia tidak akan keluar dari rumah tanpa mengenakan bandana atau pun rambut palsu.

“Saya menyedari dia kehilangan bulu mata ketika menjalani sekatan pergerakan yang pertama.

“Pada mulanya saya tidak mahu terlalu memikirkannya, tetapi selepas itu dia tidak mempunyai bulu mata sama sekali.

“Ketika musim sejuk berakhir, keadaan menjadi lebih buruk dan saya lihat dia mula menarik rambut di kepalanya,” kata ibunya.

Jemma berkata, sukar mencari rawatan untuk membantu Amelia dengan keadaan rambutnya yang begitu.

Amelia berjumpa dengan ahli terapi sekolah setiap minggu dan ibunya juga membayar hipnoterapi setiap minggu dalam usaha membantu anaknya itu.-Mirror

Cabut Rambut Sendiri Akibat Tekanan Lockdown Yang Melampau


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Ibu Cukur Rambut Anak Ke Separuh Botak Untuk Larang Dari Keluar Semasa Wabak Covid-19

Ziyad Dan Jurulatih Botakkan Kepala..’Ini Bukan Bernazar, Ini Macam Challenge Sahaja’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker