Ziyad Dan Jurulatih Botakkan Kepala..’Ini Bukan Bernazar, Ini Macam Challenge Sahaja’

Ziyad Dan Jurulatih Botakkan Kepala..’Ini Bukan Bernazar, Ini Macam Challenge Sahaja’

JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan tindakannya membotakkan kepala adalah kerana berjaya membuat lontaran melebihi sasaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo 2020.

Ujar Ziyad, 31, jurulatihnya, Faizol Harun, membuat cabaran supaya dia membuat lontaran melepasi jarak 17.70 meter.

“Mesti ramai tanyakan kenapa pakai topi masa interview dan ramai yang suruh buka..inilah sebab dia saya dan coach saya sudah botak sebenarnya.. macam ni cerita dia..

“Dua minggu sebelum pergi ke Tokyo Paralimpik, semasa latihan coach saya ada cadangkan sekiranya saya dapat baling lepas 17.70 (meter) dia (coach) dan saya akan botak… ini bukan bernazar, ini macam challenge sahaja,” jelas Ziyad.

Meskipun terlepas pingat emas dalam kejohanan tersebut, namun dia tidak akan berputus asa.

“Alhamdulilah saya dapat melebihi target yang kami sasarkan biarpun tiada rezeki untuk dibawa pulang tetapi apa yang kami target tercapai dan juga lebih jauh dari kami sasarkan.

“Tahun depan akan lebih banyak lagi competition yang akan ada… insya-Allah saya tak akan putus asa dan terus bersemangat. Azam baharu, semangat baharu,” katanya menerusi perkongsian di dalam Instagramnya pada Sabtu.-Instagram Ziyad Zolkefli

Ziyad Dan Jurulatih Botakkan Kepala..’Ini Bukan Bernazar, Ini Macam Challenge Sahaja’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Berhentilah ‘Ganggu’ Muhammad Ziyad

‘Saya bertanggungjawab atas insiden Ziyad’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker