Imej negara bergantung pada penghuni Sri Perdana, bukan ubah suai RM30 juta

Imej negara bergantung pada penghuni Sri Perdana, bukan ubah suai RM30 juta

RM30 juta yang dihabiskan untuk pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri, Sri Perdana di Putrajaya, tidak disambut baik Rafidah Aziz.

Tanpa berlapik, bekas menteri itu menyifatkannya sebagai “pembaziran dana awam semata-mata”.

Rafidah juga tidak yakin dengan penjelasan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa pengubahsuaian itu penting untuk menjaga imej negara.

Dia berkata, tugas menjaga imej negara terletak di bahu penghuni Sri Perdana, bukan bangunan itu sendiri.

“Imej negara tidak dicerminkan dengan bangunn, kediaman dan struktur yang melambangkan kedudukan dan kuasa.

“Ia dicerminkan menerusi penghuni bangunan-bangunan ini, oleh nilai, prinsip, integriti, kejujuran, tahap kebertanggungjawaban, dan sikap mengutamakan kepentingan negara yang dipegang mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam jawapan parlimen, Ismail Sabri juga berkata pengubahsuaian dibuat untuk memastikan keselamatan bangunan.

Ia antara lain merangkumi kerja mekanikal dan pemasangan wayar elektrik, sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di blok kediaman rasmi.

Katanya lagi, perabot lama dan usang juga digantikan untuk menjaga statusnya sebagai kediaman rasmi, yang dibina pada 1999 iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Ismail berkata 60 peratus kerja pengubahsuaian siap pada 31 Ogos lalu.

Dia menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berhubung perbelanjaan besar yang dibuat di saat rakyat bergelut mendepani kesan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia M Saravanan memberitahu seramai 155,893 orang hilang kerja akibat wabak tersebut, manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata sejumlah 15,537 perniagaan terpaksa ditutup dari 2020 hingga Ogos 2021.

‘Baik guna untuk sektor kesihatan’

Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir juga mengkritik belanja yang digunakan untuk pengubahsuaian itu.

“Dalam keadaan negara berdepan dengan krisis pandemik dan krisis ekonomi sehingga memaksa penjawat awam menyumbang imbuhan milik mereka, tidak patut kerajaan membazirkan sehingga RM30 juta untuk menaik taraf kediaman perdana menteri hanya untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara semasa program rasmi.

“Peruntukan tersebut sepatutnya digunakan bagi memperkukuhkan sektor kesihatan mahupun membantu rakyat yang terkesan dari segi ekonomi.

“Selain untuk kegunaan memerangi Covid-19, dana ini juga boleh digunakan bagi membaik pulih rumah mangsa-mangsa banjir yang rosak dan bukannya membaik pulih kediaman perdana menteri yang serba mewah,” katanya dalam kenyataan. Mk

60 peratus siap pada 31 Ogos, adakah ia dilakukan semasa pemerintahan Muhyiddin?

Jadi bukanlahlah salah Ismail Sabri. Kena tanya Muhyiddin kenapa dia luluskan perbelanjaan tersebut ketika pandemik Covid-19 melanda.

Imej negara bergantung pada penghuni Sri Perdana, bukan ubah suai RM30 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker