Pegawai bank beli jongkong emas guna wang pelanggan



Sebaran :

Pegawai bank beli jongkong emas guna wang pelanggan

BEKAS pengurus perhubungan di sebuah bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM411,442.17 milik seorang warga emas untuk membeli tujuh jongkong emas tanpa pengetahuan lelaki itu, tiga minggu lepas.

Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mohd Saibulrijal, yang ketika itu memegang jawatan sebagai pengurus perhubungan didakwa melakukan pecah amanah dengan membuat pengeluaran deposit simpanan tetap berjumlah RM411,442.17 milik seorang pelanggan Choo Lai Hock, 63 dan memindahkannya ke dalam akaun semasa milik pelanggan sama.



Tertuduh kemudian telah membuat pembelian tujuh jongkong emas seberat 1.5 kilogram bernilai RM376,110.72 tanpa pengetahuan dan kebenaran pelanggan itu untuk kegunaan tertuduh sendiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di pusat beli belah di Bangsar, Brickfields di sini pada 6 Sept lepas antara 8.52 pagi sehingga 4.50 petang mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi. Utv



Pegawai bank beli jongkong emas guna wang pelanggan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas


Sebaran :


Leave a Reply