Haqiem Rusli tunggu masa ke pejabat agama

Haqiem Rusli tunggu masa ke pejabat agama

Penyanyi Haqiem Rusli memberi bayangan bahawa masa yang sedang ditunggu-tunggu untuk bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya sudah benar-benar hampir dan hanya menanti tarikh yang telah ditetapkan.

Menurut pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli itu, ketika ini segala urusan dan persiapan wajib yang perlu dilakukan untuk menuju gerbang perkahwinan telahpun lengkap diselesaikan.



“Ya saya sudah pun menjalani kursus kahwin, sudah menjalani ujian saringan HIV (human immunodeficiency virus) dan melengkapkan segala borang yang diperlukan.

“Hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama sahaja,” katanya.

Buat masa ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Tergantung Sepi itu menunggu masa untuk ke pejabat agama.

Penyanyi berusia 23 tahu itu turut merancang untuk mengadakan sebuah majlis kecil-kecilan sempena pernikahannya, namun semuanya bergantung kepada keadaan semasa.



“Saya memang merancang untuk membuat majlis resepsi secara kecil-kecilan. Tapi tidak tahu lagi sama ada dibenarkan atau tidak. Harap-harap kes turun (jangkitan Covid-19),” ujarnya.

Dalam pada itu, Haqiem turut mendedahkan bahawa dia ada mencipta sebuah lagu baharu yang dihasilkan khas untuk bakal isterinya nanti.

“Saya ada menggubah sebuah lagu baharu untuk bakal isteri berjudul Hitam Saksi Putih.

“Secara metaforanya, lagu ini ditulis mengenai diri saya sendiri yang melakukan banyak kesalahan (hitam) dan telah ‘diputihkan’ oleh bakal isteri,” jelasnya.



Terdahulu, pemenang Bintang Paling Popular pada tahun lalu itu mengejutkan peminat apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya akhir tahun ini.

Haqiem mendedahkan berita gembira itu menerusi sesi siaran langsung dalam Instagram sekitar pukul 2 pagi pada 30 Mei lalu.

Kosmo! Online sebelum ini pernah cuba mencungkil gerangan gadis yang bakal menjadi isterinya nanti, bagaimanapun Haqiem menegaskan bahawa dia hanya akan memperkenalkan pemiliknya hati itu menjelang hari pernikahan kelak.

Pendekatan sebegitu juga merupakan kemahuan gadis itu sendiri yang lebih selesa tidak dikenali sehingga mereka sah bergelar suami isteri. K Online



Haqiem Rusli tunggu masa ke pejabat agama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker