Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri hingga lewat petang ini

Sebaran :

Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri hingga lewat petang ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di 12 negeri hingga lewat petang, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda satu atau dua tempat di Perlis, Pulau Pinang, Terengganu selain Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

“Ribut Petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di satu atau dua lokasi di Langkawi, Sik, Baling di Kedah, selain di beberapa kawasan di Perak, Kelantan dan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di daerah Miri serta Marudi di Sarawak selain di Tawau dan Sandakan di Sabah.

Menurut MetMalaysia, tiada hujan diramal melanda Putrajaya dan Melaka dengan cuaca mendung dijangka menyelubungi Kuala Lumpur sehingga lewat petang ini. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri hingga lewat petang ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :

Leave a Reply