Najib Ajar Cara Tolong Rakyat Bina Kekayaan, Rindu Zaman Najib

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT memang sangat dekat dihati Datuk Seri Najib Tun Razak(DSN). Beliau sedar ramai yang terkesan dengan pandemik Covid 19 dan kegagalan kerajaan Mahathir dan kerajaan Muhyiddin sepanjang pandemik memburukkan lagi keadaan.

Golongan B40 menghadapi masalah untuk mencari rezeki sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengibarkan bendera putih. Golongan M40 pula jatuh kepada kategori B40. Bantuan bakul makanan terpaksa disalurkan secara berterusan. Perkara ini sudah tentu memberikan impak buruk kepada rakyat dan negara.

DSN mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan program kepada bank untuk membiayai pelaburan saham oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan rakyat membina kekayaan jangka panjang sebagai salah satu usaha untuk membantu rakyat.

Ini, katanya bagi mengambil kesempatan ke atas pasaran saham Malaysia yang kini berada di bawah nilai (undervalued) berbanding negara-negara lain, memandangkan ekonomi negara mula dibuka semula manakala harga komoditi keluaran Malaysia serta eksport barangan pembuatan negara masih kukuh.

Menurut DSN, pasaran saham Malaysia pernah menjadi kedua paling corot dalam dunia pada tahun ini, dan meskipun mencatatkan sedikit peningkatan selepas kerajaan bertukar bulan lepas, ia masih di kedudukan keenam paling corot di dunia.

Pada ketika ini, harga saham berada pada paras rendah, yang bermakna ada banyak syarikat membayar dividen yang lebih tinggi berbanding caj perkhidmatan sebenar bank.

“Kadar cuma 1.9 peratus setahun bagi simpanan tetap (FD) tiga tahun ketika ini manakala banyak saham-saham “bluechip” (saham kukuh) seperti Tenaga (4.1 peratus), Maybank (5.6 peratus) dan Top Glove (5.7 peratus) diramal membayar dividen yang lebih tinggi.

“Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan boleh memperkenalkan program kepada bank-bank Malaysia agar membiayai 70 peratus daripada pembelian saham dengan kadar caj perkhidmatan sebenar sebanyak 3 peratus bagi setiap rakyat yang ingin membuat pelaburan dalam senarai saham yang telah disyorkan penganalisis kewangan dan dibenarkan.

“Ini samalah seperti skim pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera) yang sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

“Rakyat mampu membina kekayaan secara jangka masa panjang apabila harga saham naik. Jika tidak naik pun, kadar dividen masih boleh membiayai kos faedah,” katanya di Facebook.

Sekarang merupakan peluang bagi membolehkan seluruh rakyat turut terlibat bersama-sama dalam pemulihan ekonomi negara menerusi pembelian saham, lebih-lebih lagi pasaran saham melambangkan keyakinan dan kecergasan ekonomi.

“Memandangkan pasaran saham melambangkan keyakinan dan kecergasan ekonomi, kerajaan perlu melaksanakan langkah yang mampu menambah keyakinan pelabur untuk menjadikan pasaran saham Malaysia lebih dinamik, lebih menarik dan lebih merangsang perhatian pelabur,” tambahnya.

Antara langkah yang dicadangkan Najib, ialah untuk kerajaan sekali lagi menggantung ‘jualan singkat yang dipantau’ (regulated short selling) serta ‘pinjaman sekuriti’ (script borrowing and lending) untuk sekurang-kurangnya enam bulan, seperti dilaksanakan tahun lalu.

Ia katanya bagi menstabilkan pasaran saham dan melindungi pelabur runcit.

Najib turut mencadangkan agar proses mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dalam semua urusan syarikat tersenarai dipercepat dan dipermudah.

“Saya mendapat maklumat bahawa tempoh kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada masa ini memakan masa terlalu lama dan ini menjadi penghalang bagi syarikat-syarikat tersenarai tempatan untuk bergerak dengan lebih laju bagi aktiviti-aktiviti perkembangan perniagaan mereka.

“ Jadi, proses ini perlulah disegerakan dan dipermudahkan,” katanya lagi.

DSN memang sangat hebat dalam bab ekonomi. Ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat baik ketika beliau menerajui Malaysia. Ini baru betul RINDU ZAMAN NAJIB.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker