Jawapan Takiyuddin mengelirukan, Anwar tak puas hati

Sebaran :

Jawapan Takiyuddin mengelirukan, Anwar tak puas hati

Jawapan Takiyuddin mengenai status kawasan Gunung Jerai mengelirukan, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa penjelasan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan mengenai status kawasan Gunung Jerai berada dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda mengelirukan.

“Saya meneliti jawapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan menjawab soalan saya mengenai aktiviti pembalakan di Dewan Rakyat semalam.

“Setelah mendengar hujahan beliau, perlu dijelaskan bahawa kawasan Gunung Jerai tidak berada dalam HSK Ulu Muda. Justeru segala kenyataan yang dibuatnya tidak tepat dan mengelirukan,” katanya dalam kenyataan.

Anwar berkata, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) perlu melakukan siasatan terperinci sama ada insiden kepala air yang berlaku mempunyai kaitan dengan aktiviti pencerobohan hutan di kawasan berkenaan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sebelum ini dilaporkan sudah mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di negeri itu yang diteroka secara haram sejak 2011.

Pakar hidrologi Universiti Sains Malaysia, Chan Ngai Weng turut mengeluarkan kenyataan bahawa perubahan iklim hanya faktor sampingan kepada insiden tersebut.

Ngai Weng berkata, faktor utama adalah pembalakan, aktiviti pembinaan dan penanaman (agro) serta penukaran status hutan dara ke kawasan petempatan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) Sahabat Alam Malaysia (SAM) juga menyebut, aliran air berselut adalah bukti nyata bahawa aktiviti pembalakan berlaku dengan kadar yang melampau di kawasan terbabit dan meminta kerajaan negeri Kedah, kerajaan persekutuan serta kementerian berkaitan terus memantau dan mengambil tindakan tegas.

Anwar turut mendesak menteri bertanggungjawab supaya lebih serius melakukan pemantauan dan berhenti menyalahgunakan konsep takdir, sedangkan faktor utama kejadian itu berpunca daripada kerakusan dan ketamakan manusia. FMT

Jawapan Takiyuddin mengelirukan, Anwar tak puas hati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :

Leave a Reply