Polis tak terima laporan kehilangan wang tunai RM25 juta

Polis tak terima laporan kehilangan wang tunai RM25 juta

RAWANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaaan kehilangan barang kes membabitkan wang tunai USD$6 juta (RM25 juta) dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini mangsa atau pemilik wang berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid tidak tampil membuat laporan polis.

“Setakat ini kita (polis) tidak menerima sebarang laporan mengenai kes berkenaan seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan siaran media semalam.

“Justeru pada masa ini tidak dapat disahkan sama ada apakah wujud kes curi dalam kejadian ini disebabkan mangsa sendiri tidak membuat laporan polis sampai sekarang,” katanya dalam sidang media kejayaan kes curi lori di Jalan Batu Arang hari ini.

Tambah Abd Jalil, dakwaan berlaku kecurian wang barang kes USD$6 juta dalam kes itu hanya didedahkan oleh sebuah blogspot menggunakan nama Edisisiasat dan polis sedang berusaha mengesan pengendali dan pemilik laman blogspot berkenaan.

“Tindakan blogspot berkenaan menyebar dan menularkan maklumat tidak benar adalah salah dan boleh disiasat malah sekiranya siasatan kes berkenaan membabitkan agensi atau jabatan kerajaan lain maka saya sarankan pihak media merujuk kepada jabatan berkenaan,” katanya.

SPRM dalam satu kenyataan semalam mengesahkan penahanan tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap bekas seorang ketua jabatan perisikan luar Malaysia.

SPRM berkata, ketiga-tiga pegawainya telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September lalu. MG

Polis tak terima laporan kehilangan wang tunai RM25 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker