Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines, berkata anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.



Syarikat penerbangan itu berkata, Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya hari ini.

Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan, Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.



“Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti krew MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan berkenaan. BH

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker